Racun Dalam Rokok

Tembakau pada asalnya digunakan sebagai ubat dan dihisap dengan menggunakan paip. Di peringkat awal, ramai yang mengunyah dan menghidu tembakau dan sebahagian yang lain menghisapnya dengan menggunakan paip. Mereka yang tinggal di Eropah mula menghisap rokok pada pertengahan abad ke-16 apabila golongan pengembara dan para diplomat, umpamanya Jean Nicot dari Perancis (nikotin dinamakan bersempena dengan namanya), mula mempopularkannya. Diawal abad ke-19 belas cerut atau cigars diperkenalkan dan pada lewat tahun 1880, tembakau mula dipopularkan di dalam bentuk rokok yang dibuat dengan menggunakan mesin pengeluar rokok moden di bawah tajaan baron tembakau yang terkenal, James Buchanan ‘Buck’ Duke.

Rokok mengandungi tar. Minyak tar digunakan untuk membuat jalan raya. Kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan Dan Pengawalan Tembakau dari Jabatan Kesihatan Utah menunjukkan, menghisap sebatang rokok sahaja sudah memasukkan tar ke dalam paru-paru seseorang. Apabila anda menghisap sekotak rokok setiap hari selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar dimasukkan ke dalam paru-paru anda. Rokok tidak hanya mengandungi tar, ia juga mengandungi 4,000 bahan kimia toksik yang lain, antaranya ialah:

Kimia Berbahaya Dalam Rokok
   
Boleh Didapati Di Dalam
Acetone - Bahan penanggal pengilat kuku.
Acetic acid - Cuka
Ammonia - Bahan pencuci tandas
Arsenic - Racun.
Butane - Cecair alat pemetik api
Cadmium - Bateri.
Carbon monoxide - Asap dari ekzos kereta
DDT / Dieldrin - Alat pembunuh pepijat
Ethanol - Arak.
Formaldehyde - Bahan pengawet katak mati
Hexamine - Alat pemetik api untuk majlis jamuan
Hydrogen Cyanide - Racun.
Naphthalene - Ubat Gegat.
Nicotine - Bahan pembunuh serangga
Stearic acid - Lilin.
Toluene - Bahan pelarut di industri.
     
(Sumber: Tobacco Prevention & Control Program, Health Depart. of Utah)

BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Merokok adalah punca kepada pelbagai penyakit, antaranya ialah:

Barah Paru-Paru
Faktor utama penyebab barah paru-paru ialah merokok. Sejak Dr. F.E. Tylecote melaporkan perkaitan di antara rokok dengan barah paru-paru di dalam majalah Lancet pada tahun 1927, kajian-kajian yang mutakhir menguatkan lagi penemuan ini. Bagi mereka yang merokok lebih daripada 15 batang setiap hari, setiap seorang dari lima orang dari kalangan mereka akan menghidapnya.

Penyakit Jantung
Risiko diserang penyakit jantung koronari adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang merokok. Di samping itu, kajian menunjukkan perokok juga berisiko tinggi untuk menghidap penyakit darah tinggi dan arteriosklerosis.

Radang Saluran Nafas
Merokok merupakan penyebab utama penyakit radang saluran nafas di Amerika dan ia boleh menyebabkan maut. Kajian menunjukkan penyakit ini jarang mendatangkan komplikasi yang membawa maut ke atas mereka yang tidak merokok.

Kanser Secara Umum
Kajian di UK menunjukkan 40% daripada kanser pundi kencing dan 15% daripada barah pankreas adalah disebabkan oleh amalan merokok. Ia juga menjadi penyebab kepada kanser mulut, kerongkong atau pharynx, esofagus, serviks dan peti suara atau larynx.

Kesan Ke Atas Bayi Di Dalam Kandungan
Kajian-kajian menunjukkan ibu-ibu yang merokok ketika sedang mengandung menjejaskan kesihatan bayi mereka. Pakar-pakar sains dari UK dan Amerika, CM Fletcher dan Daniel Horn, melaporkan penemuan mereka di dalam majalah WHO yang bernama Smoking and Health pada tahun 1970 yang menunjukkan, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok adalah 150-240 gram lebih ringan berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.

Pada tahun 2004, Surgeon General Amerika, Richard H. Carmona, mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang komprehensif berhubung bahaya merokok. Ia menunjukkan, bagi pertama kalinya, bahawa merokok merosakkan hampir setiap organ di dalam badan manusia. Ia menjadi penyebab kepada penyakit jantung, katarak mata, radang paru-paru (pneumonia), leukemia (acute myeloid), barah perut, barah pankreas, barah serviks, barah buah pinggang, barah mulut, barah kerongkong dan banyak lagi. Secara purata, lelaki yang merokok memendekkan umur mereka sebanyak 13.2 tahun dan wanita yang merokok sebanyak 14.5 tahun. Kerugian di sudut ekonomi, sebagai contoh di Amerika, adalah sebanyak $157 bilion setahun. (Sumber: Health Consequences of Smoking: A Report of the Surgeon General, 2004)


Rokok Adalah Khabaith
Allah berfirman: “Dan dia (Rasul) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith).” (Surah Al-A’raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang keji diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan ‘buruk’ atau ‘khabaith’ ini sebagai ‘sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji..’ Rokok dengan 4,000 bahan kimia beracunnya adalah termasuk di dalam kategori kotor dan keji ini.

Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri
Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah berkata: “Rasulullah melarang mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Rokok Memudaratkan Orang Lain
Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Nabi Muhammad bersabda: “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin atau menipunya.” (Riwayat Tarmuzi)

Rokok Membawa Kepada Pembaziran
Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Surah Al-Israk ayat 27)

Merokok Menguntungkan Musuh
Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam daripada usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam. Allah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah ayat 2)

Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya
Segala yang memabukkan termasuk dadah berbahaya diharamkan oleh agama. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, beliau berkata: “Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain.

Justeru, merokok hukumnya adalah HARAM. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Muasirat berkata, “daripada penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-37 pada 23 Mac 1995, memutuskan merokok haram kerana terdapat kemudaratan padanya. Ia berdasarkan beberapa hujah termasuk rokok mengandungi pelbagai jenis racun dan ketagihan tembakau tidak hanya menimbulkan masalah kepada perokok tetapi juga kepada mereka yang lain.

Rokok Penyebab Kanser

Merokok merangsang dan boleh mengakibatkan kanser pada paru-paru, tekak, mulut pankreas, pundi kencing, buah pinggang, rahim dan esotagus.

  • Kegencatan pertumbuhan Gnak di dalam rahim
  • Penyakit jantung
  • Bronkitis kronik (jangkitan saluron pernotosan) »• {mtisima (paru-paru kembang)
  • Angin ahmar
  • Ulcer peptik
  • Penyempitan (aluran darah)
  • Buta
  •  Penyakit asma bertambah teruk

Ketahuilah merokok mengakibatkan 25% dari jumlah penyakit jantung koronori, 75% dari jumlah penyakit (saluran pernatasan kronik, dan 90% dari seluruh kes kanser/barah paru-paru, serta kebanyakan kes kanser mulut dan tekak, esotagus, perut, pundi-pundi kencing, pankreas dan ginjal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...